Ulasan


02.05.03

Dari tegap bertimpuh
Baik rebah merempuh

Thank you all for the teguran- solicited and unsolicited.

Note to self: Balik nanti pergi Kementerian Pendidikan, tukar gred BM SPM.

Will think twice about massacring languages after this.

|

Bahasa Merajuk


02.05.03

Min says my BM needs help.

Memang pun. It's oxidated after all these years of abuse and neglect- Nak buat camna, Melayu Kay El la katakan (Ada yang nak kena saman dengan DBP ni)

Anyway, there is a petty feud going on between said complainant and myself concerning the (mis)use and/or existence of certain words. Since neither of us trusts the other's BM, we need third party involvement:-

1. Is it "ketidakpuasan hatinya" or "ketidakpuashatiannya"?

2. 'Menjangkit' ke 'berjangkit'?

|

Pasir Berbisik, Barang Merajuk.


02.05.03

Hari ini otak tuanpunya jurnal terusik nak bercakap dalam BM versi pasarnya. Maaf kerana tak mampu nak menggunakan BM versi KLCC. Kalau ada sesiapa yang terasa nak tergelak tu, silalah- jangan tercekik sudah.

Hari ini aku rasa Hari Barang-barang Merajuk.

Pagi tadi cadangya nak naik basikal yang dah 4 bulan aku tinggalkan gantung tak bertali kat luar. Selama empat bulanlah basikal tu dihiasi daun gugur, bermandikan hujan dan berselimutkan salji (ye, salji- aku memang kejam- I'll be expecting a call from the President of the Society against Cruelty to Bicycles). So, pagi tadi apa lagi- basikal aku balas dendam.

Gear basikal mogok lapar- tak makan. Jangan nak kata makan, jamah pun dia tak mahu.

Tengahari tadi pulak, turn mata aku buat hal. Kononnya dah nekad la, nak study kat library sampai pukul 7. Lepas lunch, pergi solat Zuhur, pukul 2 balik ke library dengan azam yang teguh.

Azam teguh konon- tak sampai setengah jam kepala dah ada atas meja.

Last-last, malam tadi- telefonlah buah hati pengarang jantung a.k.a. the Boss. Hampeh- line macam biskut, telefon dia pulak dah berjangkit penyakit telefon aku. Adegan Yang Tak Diingini pun berlaku di mana si isteri dengan nada penuh emosi berkata "Apsal awak cam irritated kat saya ni?!" dan si suami menjawab "Saya irritated dengan telefon ni lah- kejap dengar kejap tak dengar...err...you PMS ke".

Uh-oh.

Aku rasa badan aku dah tak mampu nak sokong lonjakan hormon- kalau hormon tu macam midi-chlorian, rasanya aku boleh jadi lebih terror dari Anakin- terus jadi Jedi-master, tak main la padwan-padwan ni. Tu yang barang-barang pun ter-PMS sama.

Jangan coffee-maker meradang lepas ni sudah. Na'udzubillah.

|

nads went at 13:58

turn back | go forth