23 Ramadhan 1423H
I'm sorry if not using the world's most widely used second-language is construed as being rude. I construe that it is ruder to have my tongue remain stiff, neglecting its heritage.
Catitan Kecil
Sahabat,
Kau katakan padaku bahawa dunia ini tidak adil.
Di manakah dia keadilan jika hatimu boleh dicincang lantas dipijak dan dibuang, oleh Tuan Puteri yang selama ini kau sanjung, yang kau puja, yang kau tatang, yang kau timang?
Di manakah dia keadilan jika engkau terpaksa hidup dalam kehinaan mengemiskan cinta namun dia, yang merompak jiwamu, hidup dalam kemewahan, dalam kebahagian, dalam keindahan?
Di manakah dia keadilan jika dia yang dapat menghancurkan persada cinta yang kau bina selama ini, tidak punah malah semakin subur, namun kau semakin layu dalam kegersangan, sesat mencari ketenangan?
Aku katakan padamu bahawa dunia ini tidak adil.
Di manakah dia keadilan jika kau yang mempertahankan bumimu boleh dicincang lantas dipijak dan dibuang, oleh Jalut yang selama ini punya meriam untuk menghancurkan batu yang kau lontar, yang punya kereta kebal untuk mengejar anak-anakmu yang baru belajar berlari, yang punya kuasa melenyapkan kau dari muka bumi ini dalam sekelip mata sahaja?
Di manakah dia keadilan jika kau, seperti nenek-moyangmu, terpaksa mengemis di jalanan namun penyamun bersenang-lenang tidur di katilmu, meraih rezeki dari tanahmu, berlindung di bawah bumbungmu?
Di manakah dia keadilan jika anak-binimu mati kebuluran kerana kau kononnya memberi keizinan untuk ditindas, untuk diseksa, oleh seorang yang bergelar Momok Antarabangsa?
Mengapa dipersoalkan Dia yang Maha Adil?
Apalah sangat neraca manusia yang kerdil berbanding dengan neraca-Nya di Hari di mana amalan sebesar biji sawi pun akan diperhitungkan?
Apakah mungkin kita merasa hidup di alam yang fana ini terlalu lama?
Tidakkah tercetus di hati bahawa ianya seolah lebih pantas dari kelipan mata?
Maaf. Aku tidak berniat mengguris hatimu. Aku hanya sekadar mengingatkan diriku. Allahu'alam.
Sekian,
Diriku yang serba lemah dan hina
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
More excerpts from Ramadhan updates:-
Fasting is more than just leaving food...
The Prophet (SAWS) said, "Fasting is not [just abstaining] from food and drink only, but also from vain speech and foul language. If one of you is being cursed or is annoyed, he should only say, 'I am fasting, I am fasting'."
(Ibn Khuzaimah and others - Sahiih)
And he (SAWS) said, "Allah does not need the fast of one who does not abandon false speech or acting according to false speech."
(Bukhari and others)
And on a similar note, "Whoever does not abandon falsehood in word and action, then Allah Mighty and Majestic has no need that he should leave his food and drink."
(Bukhari)
The Messenger (SAWS) also warned us, "Perhaps a fasting person will get nothing from his fast save hunger, and perhaps the one who stands to pray at night will get nothing from his standing except sleeplessness."
(Sahiihal-Jaami')
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Scones, Min, Adzleen, Cik Kieli and Elin, thank you for the kind words. I'm fine, just indulging in remembrance yesterday :)And Al-Fatihah for all the atuks, wans, neneks, and other beloveds who have gone before us.
P/s:- Godivanakemaskarwadiburn, if you're reading this, could you please mail me your snail-mail add, hamba berhajat nak menjemput tuan puteri:)nads went at 00:33